Memasak, mengemas rumah, jaga anak. Sampai tak cukup tido. Nak buat bisnes lagi. Allahuakbar. Urus rumah ni penat. Memasak ni penat. Jaga anak-anak lagi penat. Tak berhenti selagi anak-anak tak tidur. Kain baju tak berlipat. Anak-anak nak sekolah, nak uruskan pagi-pagi sangatlah sakit badan. Nak fikir pasal berniaga lagi.
Sales tak masuk!
Sudahnya terbiar, tak terbuat. Jadual tidur sudah tak menentu lagi. Habis tunggang-langgang rasa hidup. Bila dah sakit apa kerja pun tak mampu nak buat. Rasa nak tidur dan baring saja. Sudahnya masa juga terbuang. Berlalu begitu saja dengan kerja-kerja yang tak mendatangkan duit.
Rasa gagal sangat-sangat bila nak solat tak dapat tepati waktu. Rasa sedih dan kecewa bila masalah rumah tak sempurna. Rasa ralat sangat kesibukan menyebabkan zikir terlupa. Rasa teruk betul bila solat susah sangat nak khusyuk kerana terlampau banyak gangguan dari pelbagai arah.
Anak-anak bergaduh, bising, anak kacau solat, menangis, pampers penuh tak sempat tukar. Makanan dan minuman asyik tumpah nak dibersihkan serta merta. Kalau tidak mengundang semut, lipas dan lalat. 100 perkara dalam kepala seorang suri rumah nak difikirkan dan diselesaikan. Semua benda nak buat. Tapi kudrat terbatas. Kewangan lagi terbatas. Bila tengok suami. Hanya mampu tengok dengan hati yang tawar dan jiwa yang kecewa.
Rasa mahu menangis semahunya.
βApa aku nak buat ya Allah. Aku buntu. Nak diluahkan pada siapa lagi? Nak ditegur bagaimana ya Allah yang akhirnya akan berakhir dengan pergaduhan dan perbalahan yang berpanjangan tak berkesudahan. Sampai bila masalah ni nak macam ni? Sampai bila nak sabar ya Allah? Aku buntu.β Belum lagi masalah dengan mak, masalah adik-beradik. Penuh dengan masalah. Bebannya ya Allah. Berat rasa kepala. Badan lagi sakit. Nak mengurut, nak bekam, nak detox masa takda, duit pun takda. Kena dahulukan anak-anak. Kepentingan anak-anak.β